Friday 23 August 2013

Elemen Yang Menyokong Pembelajaran: Keputusan Bersama


Elemen Yang Menyokong Pembelajaran: Tanggungjawab Bersama


Elemen Yang Menyokong Pembelajaran: Sokongan Terhadap Kejayaan Murid

dipetik: Buku Komunikasi Sarana

Kumpulan Sokongan Ibu Bapa

Apa itu Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)?

KISB ialah saluran kerjasama dan komunikasi untuk merapatkan hubungan di antara ibu bapa, murid dan sekolah. Melalui KISB lebih banyak interaksi, perkongsian dan percambahan ilmu dapat berlaku demi mewujudkan hubungan yang bermakna antara anda dan anak anda.

Antara objektif
Mewujudkan rangkaian dan jalinan antara ibu bapa untuk saling belajar dan berkongsi amalan terbaik     bagi membantu pembelajaran anak
Mewujudkan sokongan berterusan
Membantu apabila berlaku krisis
Mengukuhkan tingkah laku positif dalam menghadapi masalah
Membantu dalam meyalurkan perasaan marah ke arah tindakan yang positif
Berkongsi maklumat, pandangan dan sumber
Menyediakan latihan untuk ibu bapa untuk meningkatkan kemahiran
Membantu dalam berurusan dengan agensi-agensi pendidikan, perubatan dan lain-lain
Mendapat sahabat baharu 
Meningkatkan keberkesanan sekolah dengan memberi maklum balas yang membina.


Sukarelawan KSIB

Ibubapa (IB) yang berkeinginan untuk menyumbang dan bergiat dalam bidang:
Silaturahim sesamA ahli PIBG – melawat ahli lain yang sakit, ditimpa musibah, 
menghadapi krisis dsb.
Komunikasi – mengunjungi IB bagi merungkaikan masalah anak dsb.
Dana dan kemahiran – mencari dana dan kemahiran untuk aktiviti KSIB.
Mewujudkan jaringan dan rangkaian – merapatkan PIBG dengan pihak lain bagi
       mendapatkan sokongan.
Perundangan – membantu dari segi undang-undang sekiranya ada kes.
Kesihatan – nasihat, amalan kesihatan di sekolah, khidmat bantu berkaitan.
Keibubapaan – kemahiran keibubapaan.

Sukarelawan KSIB akan bertemu, berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran dalam bidang masing-masing. 

JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MENJADI SUKARELAWAN KSIB DAN MENYERTAI KSIB, HUBUNGILAH PIBG SEKOLAH ANAK ANDA :)

ELemen Yang Menyokong Pembelajaran : Komunikasi Berkesan


dipetik dari : Buku Komunikasi Sarana

Thursday 22 August 2013

Elemen Yang Menyokong Pembelajaran : Iklim Sekolah





dipetik daripada: Buku Komunikasi Sarana

Mengapa Ibu Bapa Perlu Terlibat?


Dipetik daripada: Buku Komunikasi Sarana

Pengenalan kepada Sarana

Sarana ini disediakan khas untuk kegunaan pihak sekolah dan dilaksanakan secara kerjasama dengan rakan kongsi sekolah (Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Bekas Murid/Alumni, Ahli Majlis Permuafakatan Sekolah dan ahli komuniti). Tujuan asasnya ialah untuk mempertingkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan pihak-pihak lain yang turut mempunyai kepentingan dengan sekolah.

Sarana ini mengandungi soal selidik untuk pihak sekolah serta rakan kongsinya. Dapatan dari analisis soal selidik boleh digunakan untuk mengukur sejauh mana enam elemen yang menyokong pembelajaran dilaksanakan di sekolah. Analisis ini juga memberi ruang untuk pihak sekolah meningkatkan penglibatan ibu bapa dan ahli komuniti dalam menyediakan enam elemen yang menyokong pembelajaran.

 Amalan-amalan terbaik daripada PIBG sekolah dalam dan luar negara disertakan dalam sarana ini untuk memberi gambaran usaha dan penglibatan mereka dalam membantu usaha sekolah mencemerlangkan murid. Mudah-mudahan amalan-amalan tersebut akan dapat menambah cadangan  kepada usaha-usaha yang dapat dilaksanakan sekolah dengan kerjasama PIBG/LPS dan ahli komuniti.

Cadangan-cadangan yang disertakan dalam sarana ini bukanlah merupakan usaha yang baharu maupun  senarai lengkap kerana setiap sekolah mempunyai ibu bapa, komuniti, persekitaran, kemudahan serta pengalaman yang unik dan berbeza-beza. Walaupun demikian, setiap suatu usaha yang diambil oleh PIBG dan komuniti untuk terlibat lebih mendalam dengan sekolah amat wajar dialu-alukan.

Peningkatan dalam penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah akan memberi peluang kepada ibu bapa dan komuniti memahami pentadbiran, tanggungjawab dan aktiviti sekolah dengan lebih jelas. Apabila mereka memahami keadaan yang berlaku di sekolah, mereka dapat membantu pihak sekolah dan murid dengan lebih berkesan.

Dipetik daripada: Buku Komunikasi Sarana