Friday 23 August 2013

Elemen Yang Menyokong Pembelajaran: Keputusan Bersama


Elemen Yang Menyokong Pembelajaran: Tanggungjawab Bersama


Elemen Yang Menyokong Pembelajaran: Sokongan Terhadap Kejayaan Murid

dipetik: Buku Komunikasi Sarana

Kumpulan Sokongan Ibu Bapa

Apa itu Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)?

KISB ialah saluran kerjasama dan komunikasi untuk merapatkan hubungan di antara ibu bapa, murid dan sekolah. Melalui KISB lebih banyak interaksi, perkongsian dan percambahan ilmu dapat berlaku demi mewujudkan hubungan yang bermakna antara anda dan anak anda.

Antara objektif
Mewujudkan rangkaian dan jalinan antara ibu bapa untuk saling belajar dan berkongsi amalan terbaik     bagi membantu pembelajaran anak
Mewujudkan sokongan berterusan
Membantu apabila berlaku krisis
Mengukuhkan tingkah laku positif dalam menghadapi masalah
Membantu dalam meyalurkan perasaan marah ke arah tindakan yang positif
Berkongsi maklumat, pandangan dan sumber
Menyediakan latihan untuk ibu bapa untuk meningkatkan kemahiran
Membantu dalam berurusan dengan agensi-agensi pendidikan, perubatan dan lain-lain
Mendapat sahabat baharu 
Meningkatkan keberkesanan sekolah dengan memberi maklum balas yang membina.


Sukarelawan KSIB

Ibubapa (IB) yang berkeinginan untuk menyumbang dan bergiat dalam bidang:
Silaturahim sesamA ahli PIBG – melawat ahli lain yang sakit, ditimpa musibah, 
menghadapi krisis dsb.
Komunikasi – mengunjungi IB bagi merungkaikan masalah anak dsb.
Dana dan kemahiran – mencari dana dan kemahiran untuk aktiviti KSIB.
Mewujudkan jaringan dan rangkaian – merapatkan PIBG dengan pihak lain bagi
       mendapatkan sokongan.
Perundangan – membantu dari segi undang-undang sekiranya ada kes.
Kesihatan – nasihat, amalan kesihatan di sekolah, khidmat bantu berkaitan.
Keibubapaan – kemahiran keibubapaan.

Sukarelawan KSIB akan bertemu, berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran dalam bidang masing-masing. 

JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MENJADI SUKARELAWAN KSIB DAN MENYERTAI KSIB, HUBUNGILAH PIBG SEKOLAH ANAK ANDA :)

ELemen Yang Menyokong Pembelajaran : Komunikasi Berkesan


dipetik dari : Buku Komunikasi Sarana