sarana smkdd1
Friday, 23 August 2013
Kumpulan Sokongan Ibu Bapa
Apa itu Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)?
KISB ialah saluran kerjasama dan komunikasi untuk merapatkan hubungan di antara ibu bapa, murid dan sekolah. Melalui KISB lebih banyak interaksi, perkongsian dan percambahan ilmu dapat berlaku demi mewujudkan hubungan yang bermakna antara anda dan anak anda.
KISB ialah saluran kerjasama dan komunikasi untuk merapatkan hubungan di antara ibu bapa, murid dan sekolah. Melalui KISB lebih banyak interaksi, perkongsian dan percambahan ilmu dapat berlaku demi mewujudkan hubungan yang bermakna antara anda dan anak anda.
Antara objektif
• Mewujudkan rangkaian dan jalinan antara ibu bapa untuk saling belajar dan berkongsi amalan terbaik bagi membantu pembelajaran anak
• Mewujudkan sokongan berterusan
• Membantu apabila berlaku krisis
• Mengukuhkan tingkah laku positif dalam menghadapi masalah
• Membantu dalam meyalurkan perasaan marah ke arah tindakan yang positif
• Berkongsi maklumat, pandangan dan sumber
• Menyediakan latihan untuk ibu bapa untuk meningkatkan kemahiran
• Membantu dalam berurusan dengan agensi-agensi pendidikan, perubatan dan lain-lain
• Mendapat sahabat baharu
• Meningkatkan keberkesanan sekolah dengan memberi maklum balas yang membina.
Sukarelawan KSIB
Ibubapa (IB) yang berkeinginan untuk menyumbang dan bergiat dalam bidang:
• Silaturahim sesamA ahli PIBG – melawat ahli lain yang sakit, ditimpa musibah,
menghadapi krisis dsb.
• Komunikasi – mengunjungi IB bagi merungkaikan masalah anak dsb.
• Dana dan kemahiran – mencari dana dan kemahiran untuk aktiviti KSIB.
• Mewujudkan jaringan dan rangkaian – merapatkan PIBG dengan pihak lain bagi
mendapatkan sokongan.
• Perundangan – membantu dari segi undang-undang sekiranya ada kes.
• Kesihatan – nasihat, amalan kesihatan di sekolah, khidmat bantu berkaitan.
• Keibubapaan – kemahiran keibubapaan.
Sukarelawan KSIB akan bertemu, berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran dalam bidang masing-masing.
JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MENJADI SUKARELAWAN KSIB DAN MENYERTAI KSIB, HUBUNGILAH PIBG SEKOLAH ANAK ANDA :)
Thursday, 22 August 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)